Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
18 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus NADI telah membantu seorang usahawan setempat iaitu Puan Noranisah binti Ramli untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Beliau telah hadir ke Kompleks Penghulu Mukim Serkat pada 17 Ogos 2024 untuk dibantu dari segi pendaftaran di sistem Ezbiz setelah beliau selesai ‘Thumbprint’ di Kiosk Tap IT. Pengurus NADI telah meminta Puan Noranisah untuk memberikan nama perniagaan, alamat perniagaan dan jenis perniagaan semasa bimbingan pendaftaran sedang dijalankan.
Beliau turut diterangkan kaedah secara ringkas mengenai sistem pendaftaran SSM yang terkini tanpa perlu hadir ke pejabat SSM di Johor. Beliau merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual produk makanan dan minuman seperti aneka gorengan dan minuman sejuk serta panas. Nama perniagaan beliau ialah N H Safiya Kitchen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: